Pelanggan Rayani Air Berhak Buat Aduan, Tuntutan - Hamzah

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2016 1:44 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin menasihatkan semua pelanggan Rayani Air yang terjejas akibat pemberhentian operasi syarikat penerbangan itu, tampil mengemukakan aduan dan tuntutan dalam memastikan hak mereka terbela.

Beliau berkata, pelanggan yang berasa tertipu berhubung bayaran balik tambang boleh membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Tambah Hamzah, penumpang akan diberikan nasihat untuk menuntut hak mereka sebagai pengguna menggunakan saluran yang betul.

"Pelanggan termasuk penumpang boleh membuat aduan kepada KPDNKK berhubung isu kepenggunaan seperti penipuan.

"Menerusi aduan itu, KPDNKK akan menasihatkan pengguna untuk membuat tuntutan yang sewajarnya di saluran yang betul atau juga boleh membuat tuntutan terus kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) yang berkuat kuasa pada 1 Mac 2016," kata Hamzah kepada mStar Online.

Mavcom yang ditubuhkan mengikut Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, di mana antara lain ia bertanggungjawab bagi penyelesaian pertikaian dan perlindungan pelanggan.


Terdahulu, mStar Online melaporkan beberapa keluarga dan pelanggan Rayani Air nyaris tidak pulang berhari raya akibat pembatalan penerbangan melibatkan tiket bernilai sehingga ribuan ringgit.

Nasib itu turut menimpa ramai lagi pelanggan syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu yang membeli tiket untuk tujuan lain, malah antara mereka mendakwa menerima cek tendang yang diberikan Rayani Air untuk bayaran balik tambang.

Terdahulu, Rayani Air memberi jaminan untuk menyelesaikan bayaran balik wang penerbangan sebelum Aidilfitri.

Pada 27 Jun lalu, Rayani Air membuat pengumuman mengenai bayaran balik tambang, di akaun rasmi Facebook syarikat penerbangan itu.

Bagaimanapun, pengumuman tersebut telah ditarik balik, sehingga menimbulkan kekecohan di kalangan pelanggan dan membawa mereka datang ke pejabat Rayani Air untuk membuat tuntutan seperti yang dijanjikan.

Difahamkan, pejabat Rayani Air telah ditutup lebih awal sejak Jumaat lalu dengan notis pemberitahuan bahawa penutupan itu sempena cuti Aidilfitri.

Susulan itu, dilaporkan sekumpulan penumpang Rayani Air membuat laporan polis bagi menuntut syarikat itu membayar semula wang pembatalan penerbangan. Laporan polis dibuat di Balai Polis Seksyen 15 Shah Alam, dekat pejabat Rayani Air.

Pada 13 Jun lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bersama Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) membuat keputusan membatalkan Sijil Pengendali Udara (AOC) dan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) syarikat penerbangan itu sekali gus Rayani Air tidak lagi dibenarkan beroperasi sebagai sebuah syarikat penerbangan komersial.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan