Bayi Enam Bulan Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Samporna-Tapau

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2016 12:28 PM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Seorang bayi perempuan berusia 6 bulan maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di kilometer 17 Jalan Semporna-Tawau sekitar pukul 2.50 petang Ahad.  

Ketua Polis Daerah Semporna Peter Ak Umbuas berkata kemalangan itu melibatkan tiga kenderaan iaitu Proton Saga, Proton Waja dan van Toyota Hiace.  

Katanya ketika kejadian, kereta Proton Waja yang dipandu bapa mangsa Mohd Razalie Hajallajim yang dalam perjalanan dari Tawau ke Semporna memasuki arah bertentangan lalu melanggar bahagian tepi kanan kereta Proton Saga yang datang dari Semporna menuju ke Tawau.

"Kemudian, kereta Proton Waja itu dilanggar pula oleh van yang mengekori Proton Saga tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata anak Mohd Razalie, Nur Dania Delisha meninggal di tempat kejadian manakala mangsa lain yang cedera dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut.

Peter berkata Mohd Razalie, 30, dan isterinya Mariana Abd Hana, 30, mengalami cedera ringan manakala adik Mariana, Mohd Raizuan, 24, cedera parah.

Pemandu van pula Al Nasirun Darwis, 47, hanya cedera ringan dan pemandu Proton Saga tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan1987. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Kemalangan , maut

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan