Adun Jorak Letak Jawatan Naib Ketua Umno Bahagian Pagoh

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2016 4:37 PM

Dr Shahruddin Salleh.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jorak, Datuk Dr Shahruddin Salleh mengumumkan perletakan jawatan sebagai naib ketua Umno bahagian Pagoh.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada perletakan jawatan itu hanya di peringkat bahagian atau turut dari Umno.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Md Jais Sarday mengesahkan Dr Shahruddin telah menghantar surat perletakan jawatan secara ringkas kepada pemangku Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed pada Ahad.

"Surat itu dihantar menerusi pihak lain dan ia mengenai kedudukannya dalam parti," kata Md Jais pada Isnin, sambil menambah bahawa beliau cuba menghubungi Dr Shahruddin tetapi gagal.

Ditanya berapa ramai anggota yang keluar dari Umno bahagian itu sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari parti, Md Jais berkata, jumlah setakat ini adalah tujuh orang yang mempunyai jawatan, termasuk empat ketua cawangan.

"Saya berharap anggota Umno Johor dapat bertenang dan tidak beremosi dengan insiden ini," katanya, sambil menambah bahawa adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk terus kukuh di negeri itu.

Beliau menambah, setakat ini tidak kesan atau perletakan jawatan membabitkan 25 Umno bahagian di Johor.

Tags / Kata Kunci: Shahruddin Salleh , Pagoh , Jorak

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan