Aliran Trafik Lancar Pada Sebelah Pagi Ahad

Diterbitkan: Ahad, 3 Julai 2016 11:52 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara lancar dan terkawal setakat 10 pagi Ahad.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata trafik ke utara dan selatan di kedua-dua arah terkawal dengan tiada lokasi dilaporkan mengalami kesesakan.

Situasi serupa dilihat di Lebuhraya Pantai Timur menuju ke timur semenanjung.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd memaklumkan aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dari Kuala Lumpur menghala ke Bukit Kayu Hitam masih terkawal walaupun bilangan kenderaan bertambah secara perlahan-lahan.

"Bagi laluan ke selatan, aliran trafik lancar dari Sungai Besi hingga ke Johor Bahru. Kenderaan dijangka mula bertambah menjelang sebelah petang," katanya.Beliau berkata berlaku beberapa kemalangan kecil namun ia tidak mengganggu lalu lintas.

Di Tambak Johor, kenderaan bergerak lancar dari Malaysia ke Singapura namun sesak dari Singapura menuju ke Malaysia manakala trafik di kedua-dua arah Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) masih lancar.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: LLM , trafik , Lebuhraya Pantai Timur , PLUS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan