Nufam Gesa Eaglexpress Jawab Isu Gaji

Diterbitkan: Ahad, 3 Julai 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) menggesa Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd (Eaglexpress) tampil menjawab isu gaji kira-kira 300 pekerja syarikat penerbangan itu.

Presidennya, Ismail Nasaruddin berkata, banyak pertikaian dan persoalan yang disuarakan kakitangan Eaglexpress kepada kesatuan itu berhubung masalah tunggakan gaji.

Beliau mendakwa, pihak pengurusan mengambil pendekatan berdiam diri daripada memberi penjelasan atau mengeluarkan dokumen 'hitam putih' kepada semua kakitangan.

"Sebagai contoh, Eaglexpress ada mengeluarkan memo kepada semua pekerja menyatakan tunggakan gaji dua bulan akan dibayar pada 27 Jun. Tetapi bila syarikat gagal berbuat demikian, kenapa tidak maklumkan kepada pekerja?

"Tunggakan gaji bagaimanapun dibayar selepas itu sehingga Jumaat. Tetapi syarikat diam sahaja, kenapa tidak dibuat penjelasan tentang kelewatan itu.

"Takkan pekerja kena periksa akaun bank banyak kali, setiap hari. Itu baru pasal tunggakan gaji dua bulan, belum lagi pasal gaji bulan Jun yang masih belum dapat," katanya kepada mStar Online.

Ismail berkata, keadaan itu menimbulkan pelbagai dakwaan berhubung isu tunggakan gaji yang dibayar, sama ada tidak cukup seperti yang dinyatakan dalam memo atau dipotong.

"Situasi ini menimbulkan kekeliruan di kalangan pekerja. Semuanya perlu diperjelas syarikat bagi mengelakkan salah faham dan rasa tidak puas hati," katanya.

Sehubungan itu, kata Ismail, pihak pengurusan Eaglexpress perlu sentiasa telus dalam menyelesaikan masalah tunggakan gaji pekerja.

Sementara itu, salah seorang ahli lembaga pengarah Eaglexpress memberitahu mStar Online bahawa segala persoalan, dakwaan dan pertikaian akan dijawab dalam masa terdekat.

Beliau yang enggan dikenali berkata, pekerja boleh membuat permohonan kepada syarikat untuk mendapatkan penyata gaji bulanan masing-masing.

"Kita tak boleh jawab setiap dakwaan pekerja. Lagipun ada antara mereka telah mendapat sebahagian bayaran sebagai pendahuluan sebelum ini.

"Kita akan jawab kesemuanya minggu depan, tunggu Isnin," katanya kepada portal berita ini.

Ditanya adakah Eaglexpress  mengeluarkan memo mengenai kelewatan tunggakan gaji atau pembayaran yang telah dibuat, beliau bagaimanapun hanya dapat mengesahkan mengenai memo minggu lalu berhubung tunggakan gaji akan dibayar pada 27 Jun.

"Memo selepas itu perlu saya dapatkan pengesahan daripada bahagian sumber manusia terlebih dahulu," katanya.

Pada 23 Jun lalu, satu memo dikeluarkan pihak pengurusan yang menyebut bahawa dua bulan gaji yang tertunggak iaitu April dan Mei akan dibayar pada 27 Jun.

Bagaimanapun, ia sekadar janji tinggal janji apabila tiada bayaran dimasukkan ke akaun bank pekerja pada hari berkenaan.

Terdahulu, pada Jumaat, ahli lembaga pengarah itu mengesahkan bayaran tunggakan gaji selama sebulan setengah telah dibuat sejak Rabu lalu.

Beliau turut mengesahkan kelewatan itu disebabkan masalah teknikal membabitkan proses pembayaran dengan pihak bank.

Ahli lembaga pengarah itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai mengapa syarikat hanya melunaskan tunggakan gaji selama sebulan setengah berbanding dua bulan gaji seperti yang dijanjikan pihak pengurusan.

Pada 20 Jun lalu, mStar Online mendedahkan syarikat penerbangan carter gagal membayar gaji pekerjanya termasuk tidak membuat caruman KWSP dan Perkeso.

Eaglexpress kemudiannya tampil mengakui tunggakan berlaku disebabkan syarikat itu mengalami masalah kewangan selama beberapa bulan sejak Februari lalu, tetapi masih membuat 'bayaran kepada sebahagian pekerja'.

Tags / Kata Kunci: Nufam , Eaglexpress , Ismail Nasaruddin

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan