Mukhriz Lawat Ahmad Bashah

Diterbitkan: Ahad, 3 Julai 2016 11:38 AM

Mukhriz berkongsi gambar selfie dengan Ahmad Bashah dan isterinya di laman Instagram milik beliau.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bersempena bulan Ramadan, bulan penuh kemuliaan di mana umat Islam saling bermaaf-maafan, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir melupakan detik hitam dalam karier politiknya apabila melawat penggantinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di kediamannya.

Dalam satu entri di laman Instagram miliknya, Mukhriz memuat naik gambar 'selfie' beliau bersama Ahmad Bashah dan isterinya, Datin Seri Hizam Awang Ahmad.  

"Melawat MB yang semakin pulih dan akan kembali memulakan tugasnya esok. Semoga dia pulih sepenuhnya, Insya-Allah," tulis Mukhriz dalam kapsyen gambar itu.

Ahmad Bashah kelihatan seronok menerima kunjungan Mukhriz kerana beliau turut memuat naik gambar sama di laman Facebook miliknya, lewat malam Sabtu.

"Terima kasih Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana meluangkan masa dengan saya sebentar tadi," tulisnya berserta hashtag #muafakatkedah.

Ahmad Bashah dimasukkan ke hospital selepas rebah di Hotel Grand Alora, Alor Setar semasa menghadiri mesyuarat dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Kedah pada 4 Jun lalu.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang keesokan harinya dan menjalani pembedahan akibat komplikasi usus.

Ahmad Bashah bersama beberapa pemimpin Kedah pada Januari lalu mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz.

Beliau mengambil alih jawatan Mukhriz pada Februari lalu yang meletak jawatan sekali gus menamatkan krisis kepimpinan di negeri itu.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan