Nur Alisha Ping Teruja Sambut Aidilfitri

Diterbitkan: Ahad, 3 Julai 2016 10:05 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aidilfitri ini merupakan kali pertama Nur Alisha Ping Lah menyambutnya setelah memeluk Islam pada November tahun lepas.

Ia lebih manis apabila beliau bakal menyambutnya di sisi seorang suami.

"Saya akan menyambut 1 Syawal kali ini bersama keluarga mentua yang menetap di Seremban.

"Saya pasti ia akan menjadi satu pengalaman yang sangat menyeronokkan kerana dapat berkumpul bersama keluarga suami di samping bergotong-royong menyiapkan juadah di pagi raya," katanya yang mempunyai darah kacukan Kayan-Cina.

Mengenai puasa, beliau berkata: "Dulu saya berpuasa hanyalah untuk suka-suka ataupun mengikut rakan-rakan. Tapi kini saya berpuasa demi menjalankan kewajipan sebagai seorang Islam."

Bulan puasa dan Aidilfitri sesungguhnya memberi keberkatan kepadanya kerana menurut Nur Alisha, minatnya yang sebelum ini membuat biskut hanya sekadar hobi kini beralih kepada perniagaan apabila ramai sahabat handai menempah biskutnya.

Bagi Muhammad Danish Daniel Chandran, 22, pula, tahun ini merupakan tahun kedua beliau menyambut Aidilfitri sebagai seorang Islam.

Beliau yang memeluk Islam pada 1 Ramadan tahun lalu akan menyambut Aidilfitri di Kelantan tahun ini di rumah keluarga seorang sahabatnya.

"Saya memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarga dan sehingga hari ini keluarga saya masih tidak mengetahui akan hal ini.

Oleh itu setiap kali menjelang Syawal, sahabat-sabahat saya akan menjemput saya meraikan hari raya bersama mereka," katanya dengan wajah sedikit sayu.

Bercerita mengenai pengalamannya berhari raya, beliau berkata tahun pertama beraya sebagai mualaf merupakan pengalaman yang sangat istimewa, katanya yang menyambutnya di rumah seorang sahabat di Petaling Jaya.

"Dapat menyarung sepersalinan lengkap baju Melayu, sampin dan songkok merupakan satu pengalaman yang sangat mengujakan," jelasnya yang turut bersyukur kerana dapat melaksanakan puasa enam tahun lepas.

Muhammad Danish menaruh harapan agar beliau dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta satu ketika nanti. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: mualaf , Hari Raya

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan