Kes Deman Campak Di Selangor Meningkat Kerana Tolak Imunisasi

Diterbitkan: Ahad, 3 Julai 2016 9:32 PM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Kes demam campak di Selangor bagi suku pertama tahun ini mencatatkan peningkatan susulan tindakan ibu bapa menolak suntikan vaksin dan imunisasi untuk anak mereka, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Zailan Adnan.

Beliau berkata sebanyak 403 kes demam campak dilaporkan di negeri itu pada suku pertama tahun ini berbanding hanya 23 kes pada 2014 dan 498 kes tahun lalu.

"Keengganan golongan berkenaan (ibu bapa mendapatkan suntikan vaksin dan imunisasi bagi anak mereka) dilihat menyumbang kepada peningkatan kes measles (demam campak) di negeri ini," katanya dalam sidang media selepas menyertai forum terbuka bertajuk "Adakah Suntikan Vaksin Selamat?" di Cyberjaya University College of Medical Sciences, di sini pada Ahad.

Beliau berkata lebih 500 kes penolakan suntikan vaksin dan imunisasi dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Jumlah itu agak membimbangkan apabila menunjukkan trend peningkatan mendadak berbanding hanya 637 kes penolakan suntikan dilaporkan pada 2013, 918 kes pada 2014 dan 1,541 kes sepanjang tahun lalu, katanya.

"Di Selangor sendiri dalam suku pertama tahun ini sahaja sebanyak 29 keluarga menolak untuk anak mereka diberikan suntikan vaksin dengan pelbagai alasan seperti merasakan suntikan berkenaan mempunyai kesan sampingan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Penguatkuasa Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Tan Ann Ling berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa suntikan vaksin dan imunisasi membawa kesan sampingan teruk adalah tidak tepat kerana statistik menunjukkan sebaliknya.

Beliau berkata sebagai contoh daripada 10,000 proses pemberian suntikan itu, sebanyak 98 peratus daripada penerima tidak mengalami sebarang kesan sampingan atau dikenali sebagai Adverse Events Following Immunization (AEFI) malah hanya mengalami alahan ringan seperti demam, pening kepala atau ruam di kawasan suntikan.

Tags / Kata Kunci: Imunisasi , Vaksin , Demam Campak

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan