KDN Pandang Serius Dakwaan 30,000 Pengawal Keselamatan Adalah Haram

Diterbitkan: Ahad, 3 Julai 2016 7:30 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius dakwaan dan laporan mengenai penggunaan pengawal keselamatan warga asing haram dan akan mengambil tindakan tegas secara berterusan bagi mengatasinya, demikian menurut kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim pada Ahad.

Beliau berkata tindakan tegas akan diambil mengikut peraturan yang telah  ditetapkan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971, Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Pendaftaran Negara 1959.

"KDN hanya membenarkan pengawal keselamatan warganegara Malaysia dan pengawal keselamatan warganegara Nepal yang bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan yang berlesen dengan KDN untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di negara ini," katanya.

Kenyataan Alwi dikeluarkan bagi mengulas laporan Bernama pada Jumaat lalu yang memetik Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Seri Mustapa Ali bahawa terdapat sekurang-kurang 30,000 pengawal keselamatan haram yang bekerja secara bebas di negara ini.

Jelas Alwi, KDN telah mengadakan operasi penguatkuasaan bersepadu yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang diselaraskan di bawah sebuah Task Force bermula 1 November 2013 sehingga suatu tempoh masa yang akan ditentukan kelak.

"Operasi penguatkuasaan secara bersepadu ini telah dilaksanakan setiap minggu ke atas premis-premis seperti sekolah, kawasan taman perumahan, kondominium, premis perniagaan, pusat membeli-belah dan institusi kewangan/bank," katanya.

Tambah Alwi, sejak 2013 sehingga Jun 2016, KDN telah mengambil tindakan membatalkan lesen 48 buah syarikat kawalan keselamatan dan 60 syarikat dikenakan tindakan amaran terakhir atas pelbagai kesalahan termasuk menggunakan pengawal keselamatan warga asing haram.

Beliau berkata berdasarkan kepada statistik tangkapan dalam operasi bersepadu di seluruh negara yang telah dijalankan sejak 1 November 2013 sehingga kini, seramai 1,208 warga asing haram yang bekerja sebagai pengawal keselamatan telah ditangkap dan didakwa seterusnya diusir keluar.

Jelas Alwi, setiap tahun KDN turut melaksanakan audit pengurusan ke atas syarikat-syarikat kawalan keselamatan bagi memastikan syarikat kawalan keselamatan sentiasa mematuhi segala peraturan dan pekeliling yang telah ditetapkan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

"Bermula pada tahun ini juga, KDN telah memulakan beberapa siri perjumpaan dengan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kawalan keselamatan bagi memberikan penjelasan mengenai kepentingan untuk menggunakan pengawal keselamatan yang telah lulus tapisan keselamatan daripada syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang berlesen sahaja," katanya.

Alwi berkata kebanjiran pengawal keselamatan warga asing secara haram adalah disebabkan kecenderungan syarikatsyarikat kawalan keselamatan yang menggunakan pengawalpengawal keselamatan warga asing secara haram kerana ingin mendapatkan keuntungan lebih.

"Melalui cara ini mereka (syarikat pengawal keselamatan) tidak perlu membayar levi, cukai perkhidmatan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga tidak perlu menjaga kebajikan pekerja sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

"Terdapat juga syarikat kawalan keselamatan yang dengan sengaja tidak memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pengawal keselamatan warganegara Nepal yang bekerja dengan mereka," katanya.

Beliau berkata KDN tidak mempunyai data terperinci mengenai jumlah warganegara asing haram yang bekerja sebagai pengawal keselamatan secara tidak sah di negara ini.

Namun begitu, KDN memohon kepada mana-mana pihak, orang ramai serta PPKKM untuk melaporkan terus sebarang kewujudan atau maklumat beserta bukti mengenai pengawal keselamatan warganegara asing haram kepada KDN atau agensiagensi di bawahnya.

Alwi berkata masyarakat terutamanya persatuan penduduk dan badan pengurusan perumahan hendaklah memainkan peranan dengan memastikan hanya syarikat kawalan keselamatan yang berlesen sahaja dibenarkan memberikan perkhidmatan kawalan keselamatan dan menggunakan pengawal keselamatan tempatan atau warga Nepal yang telah lulus tapisan keselamatan oleh KDN dan PDRM.

Katanya KDN akan terus melipat gandakan operasi penguatkuasaan dan usaha-usaha untuk mengurangkan penggunaan pengawal warga asing haram.

Anggota masyarakat digalakkan untuk menyalurkan maklumat kepada KDN sekiranya mengetahui atau melihat warga asing haram yang bekerja sebagai  pengawal keselamatan dengan menghubungi Unit Agensi Persendirian di nombor talian 03-88868034 atau menghantar e-mel kepada unitagensi@moha.gov.my.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan