Penurunan Kuasa: Adenan Temui PM Esok

Diterbitkan: Ahad, 3 Julai 2016 1:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dijangka menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan proses penurunan kuasa negeri berkenaan.

Pertemuan yang akan berlangsung di Putrajaya itu juga akan menyentuh hal berkaitan laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan dan cadangan Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia dan laporan Suruhanjaya Cobbold.

Demikian seperti dinyatakan dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabat Ketua Menteri berkenaan pada Ahad.

Adenan akan mengemukakan dua memorandum berhubung kedudukan kerajaan negeri itu berkaitan penurunan kuasa kepada perdana menteri.

Perkara sama telah dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak bulan lalu.

Baru-baru ini, Adenan berkata, perbincangan berkaitan penurunan kuasa itu perlu dilaksanakan serta merta berikutan maklum balas baik kerajaan Pusat kepada permohonan Sarawak supaya dokumen bersejarah tertentu dipertimbangkan untuk ditadbir dan diuruskan kerajaan negeri.

Menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berhubung perkara itu, Adenan berkata, ia bermakna adanya maklum balas kerajaan Pusat berkaitan permohonan Sarawak itu.

"Saya menyambut baik pendekatan yang diambil dan perbincangan segera perlu dilaksanakan. Ia akan mengambil masa kerana prosesnya agak rumit tetapi ia akan dimulakan dalam masa terdekat," katanya.


Tags / Kata Kunci: Adenan Satem , Perdana Menteri , Putrajaya

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan