12 Tengah Hari: Kenderaan Di Lebuh Raya Meningkat, Namun Aliran Trafik Terkawal

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2016 1:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara masih terkawal setakat 12 tengah hari Sabtu walaupun banyak kenderaan dilaporkan keluar dari ibu negara menuju destinasi masing-masing.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata trafik sedikit sesak di beberapa plaza tol menghala ke pantai timur iaitu di Plaza Tol Gombak dan Karak.

"Keadaan trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 juga terkawal tanpa sebarang masalah di kedua-dua arah," katanya.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd pula memaklumkan aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke utara terkawal namun bergerak perlahan di beberapa kawasan.

"Trafik perlahan dari Tapah ke Gopeng dan dari Jelapang ke Terowong Menora disebabkan jumlah kenderaan yang tinggi," katanya.

Trafik di Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh dan Rawang pula dilaporkan terkawal setakat tengah hari, katanya sambil menambah trafik dari ibu negara menghala ke Seremban juga terkawal walaupun jumlah kenderaan semakin meningkat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Tags / Kata Kunci: aliran trafik , lebuhraya , pulang beraya , LLM

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan