Serangan Dhaka: Dunia Perlu Bersatu Perangi Keganasan - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2016 6:07 PM

Mangsa kejadian serangan di sebuah restoran di Dhaka mendapat bantuan orang ramai di lokasi kejadian.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Serangan pengganas di sebuah kafe di Dhaka menunjukkan betapa dunia perlu digesa dengan suara lantang untuk bersatu memerangi keganasan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kumpulan ekstremis tidak harus dibenarkan untuk berjaya dalam tindak-tanduk mereka.

"Saya menggesa kerajaan di seluruh dunia untuk menganalisa setiap maklumat dan berkongsinya dengan semua agensi perisikan kerana keganasan kini tiada batas sempadan, tidak ada had tetapi hanya bertujuan mencetuskan keganasan dan kemusnahan kepada masyarakat dan mereka yang tidak berdosa," kata Najib menerusi catatan dalam laman Facebook beliau.

Najib berkata pihak-pihak tertentu mungkin mendakwa bertanggungjawab terhadap tindakan keji ini atas nama Islam, tetapi bagi seorang yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam, ia semata-mata untuk mempersendakan agama di bulan Ramadan yang mulia ini.

"Kita, sebagai umat Islam, mesti menolak kumpulan yang mencemarkan kesucian Islam. Biarkan diketahui bahawa keganasan tidak ada tempat dalam agama dan bangsa.

"Pengganas bukan Muslim dan mereka tidak mempunyai tempat dalam dunia Islam,"kata beliau.

Pada Sabtu, pasukan keselamatan Bangladesh dilaporkan telah menyelamatkan sekurang-kurangnya 13 tebusan dan menambak mati enam lelaki yang menyerang Holey Artisan Bakery yang popular di kalangan rakyat asing pada malam Jumaat.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Dhaka , Najib Tun Razak

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan