Penulis Ditahan, Hantar Mesej Bergambar Jelik Berhubung PM

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2016 10:00 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang penulis buku berusia 76 tahun ditahan polis pada Sabtu setelah didapati menghantar mesej bergambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam aplikasi WhatsApp yang bersifat jelik bertujuan menghina.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam kenyataan di sini berkata lelaki itu ditahan di rumahnya di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi setelah satu laporan polis diterima di negeri ini pada Jumaat.

Beliau berkata polis merampas seunit telefon bimbit berjenama Samsung G5 daripada lelaki itu dan dia akan direman di Mahkamah Majistret di sini, Ahad bagi melengkapkan siasatan.

"Suspek didapati telah memuat naik penghantaran mesej bergambar tersebut atas nama 'Pa Ya' dalam kumpulan WhatApps "Bicara Politik Melayu" yang bersifat jelik bertujuan menghina, lucah dan menyakitkan hati rakyat Malaysia.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan maksimum setahun atau kedua-duanya," kata beliau.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Najib Tun Razak , penulis

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan