Nube Rayu Cuti Tambahan Untuk Pekerja Sektor Kewangan

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2016 12:30 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) merayu kerajaan dan Bank Negara Malaysia menimbang meluluskan pelepasan tambahan pada 8 Julai untuk pekerja dalam sektor kewangan.

Setiausaha Agungnya J. Solomon berkata cuti yang dipohon itu tidak akan menjejaskan sektor berkenaan memandangan jabatan-jabatan kerajaan juga ditutup pada hari berkenaan.

Solomon mengulas pengumuman oleh kerajaan bahawa penjawat awam persekutuan dan negeri yang hari bekerja biasa dari Isnin hingga Jumaat, diberikan pelepasan khas pada 8 Julai jika hari Raya disambut pada 6 Julai.

Beliau memberitahu Bernama bahawa sekolah juga ditutup selama seminggu dan wajarlah pekerja bank dibenarkan menikmati pelepasan tambahan untuk bersama keluarga dan rakan mereka.

Solomon mendakwa jika mereka diarahkan bekerja pada hari berkenaan, produktiviti akan terjejas 'kerana mereka berada dalam mood beraya, mahu balik awal untuk bersama keluarga dan rakan'.

"Justeru, adalah lebih wajar jika mereka diberikan pelepasan supaya dapat kembali bekerja dengan gembira selepas berehat," katanya.

Dalam pekeliling, Jabatan Perkhidmatan Awam berkata pelepasan khas itu hanya untuk tahun ini dan tidak dijadikan turutan atas apa sahaja tujuan pada masa depan.

Sementara itu, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia berkata majikan sektor swasta tidak perlu mengikuti langkah kerajaan kerana pelepasan itu tidak diwartakan.

Tags / Kata Kunci: Nube , J.Solomon , cuti tambahan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan