MCA Pertikai Wang Derma Ikat Jamin Guan Eng

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2016 3:21 PM

Datuk Seri Ti Lian Ker

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Apa yang akan dilakukan DAP dengan wang sumbangan lebih RM1 juta yang dikutip untuk ikat jamin Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas perbicaraan kes rasuah beliau selesai, soal Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker.

Lian Ker mempersoalkan sama ada wang itu akan dikembalikan semula kepada penderma atau sebaliknya.

"Mengapa DAP menganjurkan kempen kutipan derma untuk mendapatkan kembali wang yang digunakan untuk ikat jamin Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah pun dibebaskan dengan ikat jamin?

"Lim sudah dibebaskan dengan ikat jamin dan di sini mereka mengelirukan orang ramai untuk menderma dana yang mungkin kemudian tidak digunakan," kata Ti dalam satu kenyataan.

Lian Ker berkata, dakwaan rasuah terhadap Guan Eng adalah bersifat peribadi kerana ia melibatkan sebuah banglo yang dibeli di bawah harga pasaran daripada pemilik yang mungkin mempunyai urusan negeri atau mendapat manfaat daripada jawatannya sebagai ketua menteri.

"Ini berbeza jika DAP mencari dana untuk satu tragedi yang melanda negeri atau ke arah kebajikan tertentu yang tidak ada dalam budaya dan amalan DAP," katanya.

Lian Ker berkata parti itu mengamalkan sikap 'double standard', memberi contoh kes C Selvam, pemandu kepada mendiang Pengerusi DAP Karpal Singh, yang telah dikurung selama lebih sebulan apabila tiada siapa yang membayar ikat jamin RM5,000 untuk dirinya.

"Kami juga mengingatkan tentang bekas Pengerusi DAP Sarawak, mendiang Wong Ho Leng yang mengadu kurang mendapat perhatian atau bantuan parti apabila dia menghidap kanser," katanya.

Lian Ker mengingatkan orang ramai bahawa DAP telah gagal mendedahkan jumlah yang dikumpul untuk dana 'Save Bukit China' pada tahun 1984 bagi menghentikan rancangan pembangunan kerajaan Melaka di bukit itu.

DAP telah melancarkan kempen derma 'RM10 Solidariti Bersama Guan Eng' selepas Setiausaha Agung didakwa dengan dua tuduhan rasuah pada Khamis dan jumlah ikat jamin RM1 juta ditetapkan.
Tags / Kata Kunci: derma RM10 , ikat jamin , Lim Guan Eng

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan