Langkah MAS Boleh Mengelirukan Penumpang - Matta

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2016 1:10 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rancangan Malaysia Airlines Bhd (MAS) untuk mengendalikan beberapa penerbangan libur dari KLIA2 mulai tahun depan boleh mengelirukan penumpang.

Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Datuk Hamzah Rahmat berkata ini kerana MAS adalah syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dan bukan syarikat penerbangan tambang murah.

"Dengan berbuat demikian (beroperasi dari KLIA2), anda mengelirukan penumpang dan mereka mungkin terperangkap atau berdepan sesuatu yang mereka tidak jangkakan.


"Pada masa yang sama, anda membawa nama negara kerana ini adalah syarikat penerbangan nasional.

"Mereka tidak perlu menggunakan jenama MAS jika mahu beroperasi dari KLIA2.

"Jika MAS mahu menawarkan penerbangan murah dengan diskaun, maka kita mengalu-alukannya," katanya ketika dihubungi.

Hamzah turut mempersoalkan jenis dan kualiti perkhidmatan yang akan ditawarkan MAS apabila ia memulakan operasi penerbangan dari KLIA2.

Beliau menegaskan bahawa KLIA2 adalah tapak untuk penerbangan kos rendah justeru MAS perlu menggunakan unit premium jarak dekat, FireFly, yang menjadi milik penuh syarikatnya untuk beroperasi dari KLIA2.

FireFly kini beroperasi dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Hamzah berkata syarikat penerbangan perkhidmatan penuh utama lain di seluruh dunia tidak beroperasi dari terminal penerbangan tambang murah.
Tags / Kata Kunci: MAS , KLIA2 , tambang murah

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan