Kejadian Tembak Tiada Kaitan Dengan Pengganas - KPN - Berita Semasa | mStar

Kejadian Tembak Tiada Kaitan Dengan Pengganas - KPN

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2016 9:19 PM

Khalid Abu Bakar (dua,kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada wakil masjid sempena program Segunung Budi, Tangan Dihulur Kasih Terjalin dan Majlis Berbuka Bersama Ketua Polis Negara di Masjid Nurul Iman Kampong Gebok, Sabtu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

NILAI: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan bahawa kejadian tembak di Batu Caves dan Cheras serta letupan bom di Subang Jaya ada kaitan dengan pengganas.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa semua insiden yang berlaku itu mempunyai sebab-sebab tertentu.

"Sebagai contoh kejadian di Batu Caves, siasatan kita mendapati terdapat dua orang cuba memeras ugut pembunuh...pembuhuh juga telah mati. Dua orang itu memeras ugut pembunuh itu dengan menyamar kononnya sebagai anggota polis dan apabila diketahui mereka itu bukan anggota polis, apabila berjumpa itu dia tembak dan begitu juga yang berlaku di Cheras ada sebab tertentu," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian mengulas insiden tembakan yang dilihat kerap terjadi kebelakangan ini serta insiden letupan di Subang Jaya, masing-masing di Kuala Lumpur dan Selangor.

Terdahulu Khalid menyampaikan sumbangan kepada 36 orang balu, asnaf dan pelajar tahfiz Kampung Gebok, Mantin dekat ini dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di Masjid Nurul Iman.

Turut hadir Ketua Polis Negeri Datuk Jaafar Mohd Yusof serta anggota PDRM Negeri Sembilan.-Bernama

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan