Persiapan Aidilfitri Sembilan Keluarga Musnah Dalam Kebakaran Di Ampang

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2016 10:10 PM

Anggota Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus memadam api dalam satu kebakaran di Lorong Bahagia 4, Kampung Pandan Dalam pada Sabtu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persiapan sembilan keluarga untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri musnah selepas rumah yang didiami mereka di Kampung Pandan Dalam, Ampang musnah dalam kebakaran di sini, Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang tadi, enam buah rumah kampung yang mempunyai sembilan pintu itu musnah dijilat api. Menceritakan detik cemas itu, mangsa Siti Safura Mokhtar, 55, berkata ketika kejadian beliau baharu selesai menunaikan solat Zohor sebelum mendengar bunyi letupan kuat bersebelahan dengan rumahnya.

"Apabila saya keluar dari bilik, saya dapati ruang tamu sudah dipenuhi asap. Saya hanya sempat menyelamatkan dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen memandu dan sijil nikah...seluruh persiapan raya seperti baju musnah sepenuhnya," katanya ketika ditemui di sini.

Seorang lagi mangsa, Sharifah Aminah Syed Hani, 50, berkata beliau bersama anaknya sedang dalam perjalanan ke pasar raya berdekatan bagi membeli barangan dapur untuk persiapan hari raya sebelum menerima panggilan daripada jiran tentang kebakaran itu.

"Apabila sampai di rumah saya tengok pasukan bomba tengah padamkan kebakaran...semua dah hangus, tak sempat nak selamatkan apa-apa," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Skein Citbanchong Wee San berkata pihaknya tiba di tempat kejadian kira-kira 3.30 petang dengan kekuatan 33 anggota.    

Beliau berkata sebanyak enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan,Keramat, Pudu dan Hang Tuah dihantar bagi memadamkan kebakaran berkenaan.

"Api marak dengan cepat kerana keadaan rumah yang dibina daripada kayu,"katanya.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan, katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Rumah Terbakar , Ampang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan