Rakyat Malaysia Mahu Ke Turki Dinasihat Hubungi Wisma Putra

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2016 3:07 PM

Antara mangsa yang terkorban dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS:Rakyat Malaysia yang mahu ke Turki dinasihat supaya menghubungi Wisma Putra atau Kedutaan Malaysia di negara itu bagi mengetahui perkembangan semasa ekoran serangan keganasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul pada Selasa lepas.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat dan mengikuti perkembangan semasa di Turki, Wisma Putra turut membuka talian 24 jam, 03-88874570.

"Setakat ini kerajaan memang tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalanan ke Turki tetapi saya minta mereka yang mahu ke sana agar hubungi Wisma Putra bagi mengetahui perkembangan semasa di negara berkenaan.

"Selain itu, saya minta orang ramai atau pelancong Malaysia yang berada di sana agar menghubungi Wisma Putra atau kedutaan kita di Turki bagi memaklumkan mereka berada di sana supaya sebarang tindakan boleh di ambil jika berlaku apa-apa," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Reezal Merican yang juga anggota Parlimen Kepala Batas ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan bersempena Ramadan dan Aidilfitri kepada 350 penerima daripada golongan memerlukan dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pinang Tunggal. Dilaporkan sekurang-kurangnya 41 terbunuh dan lebih 200 cedera dalam insiden serangan di lapangan terbang itu pada Selasa lepas.

Reezal Merican berkata pihak kementerian akan memantau situasi di negara itu secara berterusan dan memaklumkan perkembangannya dari semasa ke semasa.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada atau menetap di luar negara agar berdaftar dengan Kedutaan Malaysia bagi memudahkan bantuan disalurkan jika berlaku sebarang insiden tidak diingini.

Katanya langkah itu juga perlu untuk memudahkan kementerian mengetahui kewujudan rakyat Malaysia di luar negara.

"Kalau tidak mendaftar secara datang terus ke pejabat, boleh mendaftar secara dalam talian di laman web kementerian atau hubungi sahaja Wisma Putra.

Jika apa-apa berlaku di negara luar, kami pihak kementerian boleh segera hubungi keluarga mereka di sini dan bantuan dapat disalurkan segera," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Turki , Wisma Putra

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan