Parkir Bermeter Di Pusat Bandar Dihadkan Kepada Dua Jam

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2016 2:12 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bermula tidak lama lagi, apabila anda meletak kereta di pusat bandar atas urusan tertentu, pastikan urusan anda dapat diselesaikan dalam masa dua jam.

Ini kerana, bermula 18 Julai, tempat letak kereta akan dihadkan kepada tempoh dua jam sahaja bagi parkir bermeter.

Selepas berakhirnya tempoh itu anda tidak dibenarkan untuk kembali ke kereta dan membuat penambahan masa pada meter.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata langkah ini bagi menghalang pengguna daripada meletak kereta untuk jangka masa yang lama, menafikan orang lain daripada berbuat demikian di ruang letak kereta yang sama.


"Kami juga mahu menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam apabila mereka datang ke bandar serta menggalakkan orang ramai meletak kereta di pusat letak kereta yang ditetapkan dan berjalan kaki," kata Tengku Adnan, Sabtu, sambil menambah cara itu juga membantu warga kota untuk kekal sihat.

"Kita juga meningkatkan kadar bayaran letak kereta kepada RM2 bagi jam pertama dan RM3 untuk jam kedua. Sesiapa yang melebihi had dua jam, tayar kereta mereka akan dikunci atau kereta akan ditunda, tetapi kita tidak akan saman,'' katanya.

Beliau menjelaskan bahawa tempoh dua jam itu akan bermula di kawasan seperti Bukit Bintang, KLCC, Ampang dan kawasan-kawasan lain di pusat bandar.

Beliau berkata buat masa ini mereka masih mengkaji sama ada mahu melaksanakannya di Brickfields, tetapi menyatakan bahawa kawasan seperti Bangsar, Kepong, Hartamas tidak akan terjejas buat masa ini.

Tengku Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan terowong baharu di Jalan Tuanku Abdul Halim (dahulu Jalan Duta) menuju ke Jalan Sultan Iskandar (dahulu Mahameru lebuh raya), Sabtu.

Beliau juga menambah bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memasang lebih banyak papan lebih elektronik untuk menunjukkan bilangan tempat letak kereta kosong di dalam kompleks dan bangunan komersial untuk menghalang orang ramai daripada meletak kereta di jalan raya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan