Tony Fernandes Sertai Majlis Global Amnesty International

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2016 2:06 PM

Tan Sri Tony Fernandes

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International mengalu-alukan penyertaan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes ke majlis globalnya dalam mempengaruhi orang ramai membantu usahanya untuk mencegah dan mengakhiri pencabulan hak asasi manusia.

Barisan tokoh lain termasuk usahawan Richard Branson, pengarang Brazil Paulo Coelho, artis Jepun Yoko Ono, aktivis sosial Hadeel Ibrahim dan ahli perniagaan Bassim Haidar.

"Ini adalah satu penghormatan untuk kami mengalu-alukan Tan Sri Tony Fernandes dan semangat keusahawanan serta kreativitinya untuk bersama dengan majlis global kami.

"Dengan adanya seorang tokoh perniagaan terkenal dari Asia dalam majlis itu, ia akan meningkatkan keterlihatan terhadap Amnesty International dan isu-isu hak asasi manusia yang diberi tumpuan oleh kami di Asia dan di seluruh dunia," kata Setiausaha Agung Amnesty International Salil Shetty.

Majlis ini ditubuhkan pada tahun 2013 untuk membantu meningkatkan sokongan orang ramai dan kewangan untuk membantu pengembangan organisasi ini di Afrika, Asia, Amerika Latin dan Timur Tengah.

Bagaimanapun, Fernandes telah terlibat dalam organisasi ini dalam jangka masa lebih lama.

"Saya menyertai Amnesty International ketika saya berusia 13 tahun. Sebagai ahli ia mengajar saya betapa pentingnya hak asasi manusia terhadap maruah seseorang manusia.

"Oleh itu, saya amat berbesar hati kerana dapat berbakti kepada Amnesty International sebagai sebahagian daripada majlis global, dan saya berharap untuk mewujudkan kesedaran di Asia, terutamanya di kalangan belia Asean," kata Fernandes.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan