Tinggalkan Kerjaya Guru Untuk Selamatkan Anjing Liar - Berita Semasa | mStar

Tinggalkan Kerjaya Guru Untuk Selamatkan Anjing Liar

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2016 10:06 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Warga Singapura, S. Loganathan telah meninggalkan kerjayanya demi menyelamatkan anjing-anjing liar sejak lima tahun lalu.

"Isteri saya adalah inspirasi terbesar saya, sebab dialah saya menjadi seorang pencinta anjing kerana dia juga membantu menyelamatkan anjing-anjing liar di Singapura.

"Kedua-dua kami bekerja keras untuk memastikan bahawa anjing-anjing yang diselamatkan menjalani kehidupan selesa di tempat perlindungan yang terletak di Bukit Tiram di sini," kata bekas guru berusia 49 tahun itu.

Sejak pusat perlindungan itu ditubuhkan, bilangan anjing terus meningkat dan ia kini berjumlah lebih daripada 500 ekor, kata Loganathan.

Beliau berkata, anjing-anjing ini akan diberi makan dan rawatan perubatan dari klinik veterinar swasta.

"Bagi yang ingin memeliharanya, untuk anak-anak anjing khususnya, saya selalunya menasihati mereka supaya memastikan mereka bersedia mengambil sebarang tanggungjawab kerana saya tidak suka melihat haiwan-haiwan ini terbiar di jalanan," katanya.

Loganathan juga menerima bantuan daripada Majlis Bandaraya Johor Baru dalam kerja-kerja menyelamat, dengan pihak berkuasa tempatan biasanya akan memaklumkan kepadanya tentang anjing-anjing liar yang berada di bawah bidang kuasa majlis.

"Orang ramai cenderung untuk menuding jari kepada majlis tempatan apabila pegawai-pegawai mereka mengambil tindakan terhadap anjing-anjing liar, tetapi mereka hanya menjalankan tugas.

"Pemilik haiwan peliharaan yang tidak bertanggungjawab adalah orang yang patut dipersalahkan kerana mereka biasanya akan membiarkan haiwan mereka apabila ia mula membiak. Saya telah berdepan banyak kes seperti itu," katanya.

Loganathan, yang bekerja sambilan sebagai penyelia keselamatan di Singapura untuk memastikan tempat perlindungannya dapat diuruskan dengan baik berkata Esa Animal Shelter memerlukan sekurang-kurangnya RM24,000 sebulan untuk operasinya, termasuk menghantar anjing untuk pemeriksaan kesihatan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman Facebook Esa Animal Shelter.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan