Sultan Selangor Dukacita Nazir Benar Masjid Diguna Untuk Aktiviti Politik

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2016 3:44 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita terhadap sikap sesetengah nazir masjid di negeri ini yang membenarkan rumah ibadat itu digunakan untuk tujuan berpolitik.

Baginda bertitah terdapat ahli politik yang menggunakan masjid di Selangor untuk menjalankan aktiviti politik mereka.

"Apa yang lebih mendukacitakan lagi ialah ahli politik yang terlibat bukannya beragama Islam... ini secara terang-terangan telah menyalahgunakan institusi masjid untuk faedah ahli politik berkenaan.

"Jika perlu, perkhidmatan nazir yang terlibat hendaklah ditamatkan dan ditukar kepada orang lain," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian semasa merasmikan Masjid Kampung Johan Setia disini, Khamis.

Baginda turut berbuka puasa bersama rakyat dan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 295 asnaf, fakir dan miskin serta148 mualaf.

Sultan bertitah baginda memandang serius perkara itu dan menitahkan supaya pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meneliti, menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

Dalam pada itu, baginda turut mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya membayar zakat fitrah mereka menerusi amil-amil lantikan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Baginda bertitah perkara itu penting bagi mengelakkanindividu yang tidak bertanggungjawab atau ejen kutipan dari negeri lain mengambil kesempatan membuat kutipan zakat di Selangor.

Sultan Sharafuddin turut menyeru rakyat Selangor supaya tidak terpengaruh dengan fitnah yang mempertikaikan kewibawaan LZS sebagaiinstitusi zakat negeri sepertimana disebarkan menerusi media sosial.

"LZS yang diamanahkan untuk mengutip dan mengagihkan zakat adalah sebuah agensi yang telus," titah baginda.

Masjid Kampung Johan Setia yang dirasmikan ini dibina di atas tanah seluas 6.47 hektar dengan kos sebanyak RM8.5 juta serta mampu menampung 2,000 jemaah pada satu-satu masa.

Pada majlis itu, Sultan Sharafuddin turut menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih bersama penduduk setempat.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan