Rumah Terbuka Perdana Menteri, Jemaah Menteri Hari Raya Pertama

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2016 5:23 PM

Para pengunjung menikmati juadah yang disediakan di rumah terbuka Perdana Menteri.
(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota jemaah menteri akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri Tahun 2016 pada hari raya pertama di Kompleks Seri Perdana di sini.

Kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dikeluarkan pada Jumaat menyebut majlis rumah terbuka tersebut akan bermula 10 pagi sehingga 4 petang.

"Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut dengan pakaian kebangsaan dan bersesuaian," kata kenyataan itu.

Kenyataan JPM itu menyebut perkhidmatan bas secara percuma disediakan oleh Bas Putrajaya dari tiga lokasi iaitu di Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra untuk kemudahan orang ramai menghadiri majlis tersebut.

"Orang ramai boleh meletakkan kenderaan masing-masing di tiga lokasi tersebut untuk menaiki bas yang disediakan dengan kekerapan setiap 20 minit," katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjemput orang ramai ke Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria di sini, pada 9 Julai (Sabtu).

Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri pada Jumaat menyebut majlis rumah terbuka tersebut akan berlangsung dari 3.30 petang sehingga 7 malam. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: rumah terbuka , Perdana Menteri , Hari Raya

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan