Letupan Berpunca Wap Gas Petrol Terkena Elektrik Statik Bateri Telefon - Bomba

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2016 8:47 AM

-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Telefon bimbit boleh meletop ketika mengisi minyak berpunca daripada pelepasan wap gas petrol yang diisi ke dalam tangki kenderaan terkena elektrik statik dari bateri telefon.

Ketua Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, berkata insiden seorang wanita melecur di bahagian badannya apabila telefon bimbit yang digunakan disambar api ketika mengisi minyak di sini, Rabu lalu, perlu menjadi iktibar.

"Kita mendapati pelanggan sering leka dan alpa untuk mematuhi peraturan semasa berada di stesen minyak yang dipanggil 3L iaitu lalai, lupa dan leka.

"Masih ramai yang mengambil mudah peraturan yang perlu dipatuhi semasa berada di stesen minyak," katanya kepada Bernama, mengulas insiden yang menimpa seorang gadis berusia 24 tahun di sebuah stesen minyak di Setapak Indah, Rabu.

Katanya, banyak pengguna kereta, lori, bas dan dan motosikal sengaja mengundang musibah apabila tidak mematuhi larangan menggunakan telefon bimbit atau alat telekomunikasi lain ketika mengisi minyak di stesen minyak.

"Stesen minyak menetapkan tiga peraturan utama untuk pemilik kenderaan ketika berada di pam minyak iaitu dilarang merokok, mematikan enjin kenderaan dan tidak menggunakan telefon bimbit di pam minyak.

"Malah sikap acuh tidak acuh atau tahap kesedaran keselamatan yang rendah dalam kalangan pengguna di stesen minyak yang sentiasa terdedah kepada risiko kebakaran, bukan sahaja membahayakan nyawa mereka malah pengguna lain," katanya.

Menyentuh mengenai sama ada telefon bimbit yang digunakan mangsa jenis klon, Samsol berkata kejadian itu tidak mengira sama ada telefon bimbit itu tulin atau tiruan.

"Tidak kisah telefon itu tulin atau klon tetap menghasilkan radiasi yang sama, dan dan jumlah radiasi yang dihasilkan tidak ada perbezaan sama ada menjawab panggilan, membalas whatsapp atau menghantar mesej.

"Sekiranya perlu menjawab panggilan, pengguna boleh masuk ke dalam kedai di stesen minyak, atau mencari kawasan yang tertutup. Sebaiknya tunggu sehingga berada di luar kawasan tersebut," katanya.

Katanya ia adalah kes pertama yang melibatkan kebakaran berpunca daripada telefon bimbit dan menasihatkan pemilik kenderaan supaya sentiasa menyimpan alat pemadam api berkapasti satu atau tiga kilogram dalam kenderaan mereka.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Telekomunikasi, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Dr Kamaludin Mohamad Yusof berkata insiden itu mungkin berpunca daripada gelombang 'Electro Magnetic Field (EMF)' yang dihasilkan melalui hubungan dibuat melalui 'signal' telefon bimbit mangsa dan sistem pemancar atau pencawang telekomunikasi.

"EMF ini akan mencetuskan kebakaran kerana ia agak sensitif dengan minyak ketika mangsa menggunakan telefon bimbitnya semasa mengisi minyak," katanya.

Dalam kejadian 1.25 tengah hari itu, mangsa T. Sarishna dari Taman Samudera, Batu Caves di sini, melecur 60 peratus di bahagian badan akibat disambar api berikutan tindakannya mengisi minyak dan cuba menjawab telefon bimbitnya.

Mangsa dipercayai membuka pintu belakang sebelah kiri keretanya untuk mengambil telefon bimbitnya yang sedang berdering, sambil tangannya memegang muncung minyak petrol.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan