Kertas Kerja Penyelarasan Teksi, Uber, GrabCar Dijangka Siap Hujung Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2016 9:40 PM

Syed Hamid menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada orang ramai sempena program lawatan kerja ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menjelang Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat. foto LOW LAY PHON/THE STAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kertas kerja untuk menyelaraskan perkhidmatan Uber, Grabcar dan teksi dijangka dimuktamadkan sebelum akhir tahun ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata kertas kerja itu kini dalam peringkat penilaian sebelum dibawa ke Kabinet.

Katanya proses penyelarasan itu melibatkan jangka masa panjang kerana perlu melalui banyak peringkat penilaian dengan penglibatan banyak pihak.

"Proses ini melibatkan perubahan undang-undang oleh itu kita perlu meneliti secara terperinci," katanya ketika membuat tinjauan di Terminal Bersepadu Selatan bersempena Hari Raya Aidilfitri, di sini Jumaat.

SPAD dalam cadangan Program Transformasi Industri Teksi yang dikemukakan kepada kerajaan baru-baru ini antara lain menjelaskan tentang perlunya membenarkan dari segi undang-undang perkhidmatan Uber dan GrabCar serta menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi.

Dalam pada itu, Syed Hamid turut menasihatkan pemandu teksi komersial, Uber dan Grabcar supaya tidak mengambil tindakan sendiri di luar batas undang-undang.

"Kami berharap semua pihak bertenang dan janganlah provoke antara satu sama lain, sehingga isu ini diselesaikan," katanya.

Baru-baru ini beberapa kes pergaduhan melibatkan pemandu teksi dan pemandu Uber dan GrabCar dilaporkan, dengan terbaharu kejadian pemandu GrabCar diserang dan kenderaannya dirosakkan ketika mengambil penumpang di MidValley. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: teksi , Uber , GrabCar , SPAD

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan