Guan Eng Tak Perlu Bercuti - DAP

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2016 2:33 PM

Lim Guan Eng ketika hadir di mahkamah, Khamis. -fotoTHESTAR/ZHAFARAN NASIB

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang didakwa dengan dua pertuduhan rasuah pada Khamis, tidak perlu mengambil cuti daripada jawatannya, kata jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP.

"Tidak ada pertikaian konflik kepentingan kerana Lim tidak mempunyai pengaruh atau kawalan ke atas pihak pendakwaan," kata CEC selepas bermesyuarat, Jumaat.

CEC juga telah 'menyuarakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi' untuk Guan Eng terus memimpin parti itu sebagai setiausaha agung.

Satu jawatankuasa kebangsaan telah dibentuk untuk menunjukkan sokongan, simpati dan solidariti terhadap Guan Eng.

Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam bagi memperoleh suapan untuk dirinya dan isterinya, Betty Chew, dengan meluluskan permohonan oleh Magnificent Emblem untuk menukar dua lot tanah pertanian di daerah barat daya bagi tujuan kediaman semasa mesyuarat jawatankuasa perancang negeri pada 18 Julai 2014.

GUan Eng juga menafikan satu lagi tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan membeli rumahnya daripada ahli perniagaan Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta, yang berada di bawah nilai pasaran hartanah RM4.27 juta pada 28 Julai 2015.

Phang, 44, didakwa atas pertuduhan bersubahat menjual banglo di Pinhorn Road kepada Guan Eng pada 28 Julai 2015 di bawah nilai pasaran sebenar.
Tags / Kata Kunci: CEC DAP , Lim Guan Eng , kes rasuah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan