Umno P.Pinang Mahu Guan Eng Letak Jawatan

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2016 3:34 PM

Datuk Seri Zainal Abidin Osman

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Umno Pulau Pinang menggesa Lim Guan Eng melepaskan jawatannya sebagai ketua menteri selepas didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan rasuah.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata Guan Eng perlu berbuat demikian bagi menjamin integriti jawatan ketua menteri tidak dipertikai.

"Sebelum Guan Eng, belum ada mana-mana Ketua Menteri Pulau Pinang atau bekas Ketua Menteri Pulau Pinang telah dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan pertuduhan salah laku rasuah.

"Sehubungan dua pertuduhan salah laku rasuah terhadap dirinya telah di bawa ke mahkamah, Guan Eng perlu segera melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan lain-lain jawatan yang disandang dalam kerajaan negeri sehingga perbicaraan kes rasuah beliau selesai," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Guan Eng pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini di atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta  pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

"Kita percaya penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang oleh SPRM semalam untuk didakwa di mahkamah pada pagi ini bagi kesalahan melakukan rasuah di bawah Seksyen 23, Akta SPRM dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan dibuat setelah Pejabat Peguam Negara berpuas hati dengan kertas siasatan yang telah dikemukakan oleh SPRM kepada Pejabat Peguam Negara," katanya.

Zainal Abidin berkata ini bukan pertama kali seorang pemimpin negeri didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah.

Malah katanya, ini juga bukan pendakwaan politik kerana yang didakwa adalah seorang pemimpin parti pembangkang.

"Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat setelah siasatan yang teliti, rapi dan professional dilaksanakan oleh SPRM.

"Kita difahamkan seramai lebih 90 orang individu telah dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang dalam pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran daripada seorang ahli perniagaan yang dikatakan ada urusan perniagaan dengan kerajaan negeri," katanya.

Katanya undang-undang di negara ini telah dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa mengira pangkat, bangsa, agama atau pegangan politik.

"Yang tertuduh diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri di mahkamah. Begitu jugalah Guan Eng akan berpeluang untuk membela dirinya di mahkamah nanti," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan