Serangan Istanbul: Penerbangan Di KLIA Tak Terjejas - MAHB

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2016 9:22 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Serangan pengganas ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul setakat ini tidak menjejaskan jadual penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kata Pengarah Urusan Malaysia Aiport Holdings Bhd (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali.

Kejadian itu membimbangkan semua pihak, lebih-lebih lagi MAHB yang mempunyai infrastruktur lapangan terbang, katanya.

Badlisham juga menyampaikan takziah bagi pihak MAHB kepada mereka yang menjadi mangsa tragedi berkenaan.

Pejabat Gabenor Istanbul berkata sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh dan 239 lagi cedera berikutan serangan bom di Lapangan Terbang Ataturk pagi ini, iaitu lapangan terbang utama di Istanbul.

"Kami akan memantau keadaan itu kerana kami diberitahu Lapangan Terbang Ataturk akan ditutup sehingga esok dan jika ada penerbangan dari KLIA ke Ataturk mungkin ia dialihkan ke lapangan terbang lain di Turki, jika ada arahan daripada pihak berkuasa Turki," katanya kepada pemberita pada sambutan ulang tahun Ke-18 KLIA di sini, Rabu.

Antara lapangan terbang berhampiran Istanbul ialah Lapangan Terbang Sabiha Gokcen yang dimiliki MAHB serta Lapangan Terbang Izmir dan Lapangan Terbang Ankara Esenboga.

Mengenai Lapangan Terbang Sabiha Gokcen, Badlisham berkata, MAHB telah berusaha keras sejak beberapa bulan lepas dengan agensi keselamatan Turki bagi meningkatkan keselamatannya.

Antara langkah diambil termasuk meningkatkan parameter di luar lapangan terbang itu, termasuk membina dua menara bagi memudahkan pemantauan polis, meningkatkan langkah keselamatan dalam mengawal pengangkutan awam ke lapangan terbang serta mendapatkan beberapa kemudahan yang memerlukan ciri-ciri keselamatan lebih baik seperti simpanan bahan api.

"Selain meningkatkan profil penumpang, kami juga telah menambah baik langkah keselamatan di dalam terminal di mana lebih ramai anggota pasukan keselamatan boleh dilihat serta pegawai keselamatan tidak berpakaian seragam membuat rondaan di lapangan terbang itu," katanya.

Berikutan pengeboman terbaru itu, MAHB akan mengkaji semula langkah keselamatan untuk melihat apa yang perlu dilakukan kepada lapangan terbang itu dan aksesnya mengikut nasihat pihak berkuasa keselamatan, tambah beliau.

Tags / Kata Kunci: serangan Istanbul , KLIA , MAHB

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan