"Tambang Dibayar Balik, Tunggakan Gaji Tidak" - Pekerja Rayani Air

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2016 1:00 PM

Gambar fail Zulkalnain (tengah) pada sidang media, April lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pekerja Rayani Air mempersoalkan tindakan majikan yang masih belum melunaskan tunggakan gaji mereka sedangkan bayaran balik tambang penumpang sudah mula dibuat sejak Isnin lalu. 

Wakil kakitangan Rayani Air, Zulkalnain Azdan berkata, syarikat penerbangan itu pada Isnin lalu membuat pengumuman mengenai bayaran balik tambang, yang dimuat naik di akaun rasmi Facebook Rayani Air.

“Bila syarikat mula atau meneruskan proses pembayaran balik tambang kepada penumpang, ini bermakna mereka mempunyai sumber kewangan bagi bayaran itu. 

“Kenapa tidak syarikat melakukan perkara yang sama terhadap pekerja, dengan melunaskan tunggakan gaji kepada kakitangan syarikat yang ketika ini tiada sumber pendapatan tetap atau kerja lain selepas Rayani Air tidak lagi beroperasi,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, pengumuman mengenai bayaran balik tambang yang dimuat naik di akaun rasmi Facebook Rayani Air telah ditarik balik, sehingga menimbulkan persoalan di kalangan pengguna laman sosial itu.

Pengumuman mengenai bayaran balik tambang di akaun rasmi Facebook Rayani Air pada 27 Jun lalu telah ditarik balik.

Zulkalnain yang juga Pengurus Stesen Rayani Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) berkata, bayaran balik tambang penumpang dan tunggakan gaji pekerja, dua-dua sama penting yang menjadi tanggungjawab syarikat penerbangan itu.

Tambahnya, sumber kewangan yang ada mungkin daripada hasil jualan tempahan tiket boleh digunakan untuk dibayar kepada penumpang dan pekerja.

“Jika sumber kewangan terhad, syarikat masih boleh salurkan kepada kedua-duanya dengan membuat sebahagian bayaran terlebih dahulu, dan bakinya selepas itu.

“Pihak pengurusan boleh menggunakan sumber yang terhad itu untuk melunaskan sebahagian bayaran kepada pekerja,” katanya.

Zulkalnain berharap pemilik Rayani Air dapat memahami kesusahan yang dialami pekerja Rayani Air ketika ini, dan kedatangan Aidilfitri hanya seminggu lagi.

“Jika hendak diikutkan kami memang mahu tuntut tunggakan gaji penuh sebelum Aidilfitri seperti yang dijanjikan.

“Tetapi sekurang-kurangnya syarikat perlu bayar sebahagian tunggakan bagi kami membuat persiapan Hari Raya, untuk keluarga dan anak-anak kami. Sekarang ini pun kami hidup susah dan terpaksa berhutang,” ujarnya.

Terdahulu, pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran berkata, proses bayaran balik tambang penumpang bukan baharu dilaksanakan pada Isnin lalu, tetapi telah lama dibuat sejak syarikat penerbangan itu digantung operasi sementara oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA), 11 April lalu.

Ravi sebelum ini memberi jaminan bahawa pembayaran balik tambang penumpang dan tunggakan gaji pekerja akan diselesaikan sebelum Aidilfitri.

Rayani Air tidak lagi beroperasi selepas Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dan Sijil Pengendali Udara (AOC) milik syarikat dibatalkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 13 Jun lalu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan