Operasi LRT Dari Putra Heights Ke Bandaraya Mulai Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2016 2:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) hari ini boleh menggunakan perkhidmatan itu untuk bergerak dari Putra Heights menuju pusat bandar raya Kuala Lumpur selepas Projek Penyambungan Jajaran (LEP) mulai beroperasi sejak pukul enam pagi Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Ahmad Nizam Mohamed Amin berkata menerusi projek itu sebanyak 15 buah stesen baharu dibuka termasuk stesen integrasi Putra Heights yang menemukan Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sri Petaling.

"Dari Putra Heights, anda boleh memilih sama ada hendak menggunakan Laluan Kelana Jaya atau Laluan Sri Petaling/Ampang berdasarkan destinasi anda," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Selain Putra Heights, dua lagi stesen baharu dibuka di Laluan Sri Petaling/Ampang iaitu Puchong Prima dan Puchong Perdana.

Dalam pada itu, katanya selain kemudahan perjalanan terus ke bandar raya dan kemudahan pertukaran laluan untuk penumpang, projek LEP itu turut menyediakan silih-sambungan dengan perkhidmatan Komuter dan Bas Rapid Transit (BRT)-Laluan Sunway.

"Kesambungan perkhidmatan bas elektrik BRT-Laluan Sunway disediakan oleh stesen USJ 7 manakala pertukaran dengan KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang  Rawang disediakan oleh stesen Subang Jaya yang merupakan dua stesen baru di bawah penyambungan jajaran LEP Kelana Jaya," katanya.

Supuluh lagi stesen baharu bagi Laluan Kelana Jaya adalah Lembah Subang, Ara Damansara, Glenmarie, SS15, SS18, Taipan, Wawasan, USJ21, Awan Megah dan Subang Alam.

Sementara itu, Ahmad Nizam berkata serentak dengan pembukaan 15 stesen itu, Rapid Bus turut akan memulakan perkhidmatan bas pengantara bagi memastikan para penumpang dapat menggunakan perkhidmatan tersebut dengan tenang dan selesa.

"Butiran penuh mengenai jadual dan kekerapan bas ini boleh didapati di laman web www.myrapid.com.my. Anda juga boleh mendapat maklumat mengenai kemudahan parkir dan gerak atau park n ride untuk meletakkan kenderaan anda sekiranya memilih untuk tidak menaiki bas," katanya.

Beliau berkata bagi bulan pertama perkhidmatan itu tiada bayaran dikenakan ke atas kawasan 'parkir dan gerak' dan untuk menjimatkan perbelanjaan para penumpang disaran menggunakan pakej bulanan MyRapid SMART 30 dan pakej mingguan SMART 7.

Tags / Kata Kunci: LRT

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan