Moratorium Perlombongan Bauksit Di Pahang Dilanjut Dua Bulan Lagi

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2016 1:37 PM

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju tempoh moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Pahang yang berakhir pada 15 Julai ini dilanjutkan dua bulan lagi sehingga 14 September, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata lanjutan tempoh moratorium kali ketiga itu adalah untuk membolehkan usaha mengosongkan stokpil bauksit yang masih berada di luar Pelabuhan Kuantan iaitu sekitar bandar Kuantan dan Bukit Goh dilakukan.

"Jumlah bauksit dalam stokpil di luar Pelabuhan Kuantan dianggarkan sebanyak 5.4 juta tan meliputi 1.3 juta tan dalam stokpil di kawasan Gebeng, 2.3 juta di dalam kawasan lombong dan 1.8 juta tan di kawasan Felda.

"Selagi stokpil tidak keluar, selama itu kementerian dan kerajaan negeri Pahang bersetuju bahawa kita tidak akan membenarkan aktiviti melombong baukist," katanya pada satu sidang media di sini Khamis.

Kerajaan sebelum ini mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang selama tiga bulan bermula 15 Januari dan berakhir pada 14 April lalu.

Ia kemudian dilanjutkan selama tiga bulan lagi sehingga 15 Julai ini.

Wan Junaidi berkata bagi tujuan mengosongkan stokpil tersebut, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengeluarkan sebanyak 25 AP khas.

"Namun sehingga 1 Jun lalu, hanya 187,438 tan sahaja dieksport, sedangkan kapasiti pengendalian eksport bauksit di Pelabuhan Kuantan adalah 1.5 juta tan sebulan dan di Pelabuhan Kemaman, Terengganu sebanyak 700,000 tan sebulan.

"(Stokpil yang bertimbun) Ini bukan salah kerajaan pusat dan negeri atau kementerian tetapi industri bauksit tidak bergerak. Saya tidak faham dan rasional disebalik kenapa mereka memegang stokpil. Industri yang membunuh sendiri kerana stokpil bauksit tidak bergerak," katanya.

Wan Junaidi berkata beliau mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob pada 24 Jun lalu mengenai beberapa perkara yang masih memerlukan tindakan lanjut terutamanya menyelesaikan isu pengosongan stokpil bausit.

Dalam hal ini, katanya kementerian dan kerajaan negeri Pahang bersetuju untuk bekerjasama mempermudahkan pengeksportan kesemua baki bauksit dalam stokpil di luar Pelabuhan Kuantan.

"Kementerian dan kerajaan negeri Pahang berharap pihak industri dapat memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan kesemua stokpil tersebut dieksport keluar dalam jangka masa tersebut," katanya.

Ditanya sekiranya stokpil bauksit masih tidak dapat dikosongkan sehingga tempoh lanjutan pada 14 September ini berakhir, Wan Juanidi berkata: "Selagi  stokpil tidak dikosongkan, saya masih mencadangkan kepada kerajaan untuk memanjangkan tempoh moratorium bagi perlombongan bauksit dan kerajaan akan membuat keputusan".


Beliau berkata semua pemain industri bauksit harus mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan apabila kerajaan menarik balik moratorium ke atas perlombongan pada masa akan datang.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan