Kronologi Pendakwaan Lim Guan Eng

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2016 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Khoon akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di sini, Khamis di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Guan Eng dan Li Khoon ditahan SPRM pada Rabu berhubung isu pembelian banglo oleh Guan Eng di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta yang dikatakan di bawah harga pasaran hartanah di kawasan itu.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dijadual mengetuai barisan pendakwaan.

Berikut adalah kronologi pendakwaan:

8:10 pagi: Galeri awam di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang dipenuhi orang ramai yang tiba di mahkamah seawal jam 7.30 pagi.


8.45 pagi: Guan Eng masih di bangunan SPRM dan dijangka akan dibawa ke mahkamah kira-kira jam 10 pagi.

8:50 pagi: Hujan renyai turun sejak kira-kira pukul 8 pagi, tetapi itu tidak menghalang orang ramai daripada berhimpun di luar mahkamah.



8.55 pagi: Kesesakan di Jalan Sultan Ahmad Shah tidak menjejaskan laluan sekitar mahkamah. Pekerja pejabat dikesan bersarapan seperti biasa. Apabila ditanya, mereka berkata mereka menyedari tuduhan rasuah akan dilakukan terhadap Guan Eng.

8.56 pagi: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim dilihat tiba di mahkamah, tetapi dengan semua kerusi telah diduduki. Beliau terpaksa mencari tempat untuk berdiri.

8.59 pagi: Ahli keluarga Phang memasuki kawasan mahkamah, masa yang sama dengan Timbalan Ketua Menteri II Dr P. Ramasamy.

9.05 pagi: Gobind Singh dan Ramkarpal Singh tiba di mahkamah, bersama-sama dengan peguam R.S.N Rayer.

9.46 pagi: Beberapa ratus orang dilihat berlegar-legar di sepanjang Lebuh Light di sebelah bangunan mahkamah, tetapi tidak ada kain rentang dikesan. Apabila ditanya, polis berkata mereka diarahkan untuk hanya membenarkan mereka yang mempunyai urusan mahkamah dan petugas media masuk kawasan bangunan mahkamah.

9.55 pagi: Lim Guan Eng dilihat meninggalkan bangunan SPRM dengan sebuah van, diiringi beberapa kenderaan SPRM.

9.58 pagi: Penasihat DAP Lim Kit Siang tiba di mahkamah dengan isterinya Neo Yok Tee dan menerima sokongan vokal daripada orang ramai yang berkumpul.



9.59 pagi: Van dan kumpulan enam buah kereta memasuki perkarangan bangunan mahkamah.


10:03: Guan Eng keluar daripada van menuju ke mahkamah. Kit Siang dan isteri berjaya mendapat tempat duduk selepas beberapa orang awam melepaskan tempat duduk mereka di galeri. Kedua-dua mereka disambut oleh isteri mendiang Karpal Singh, Gurmit Kaur.



10.05 pagi: Apabila Guan Eng memasuki dewan mahkamah, mereka yang berdiri di galeri telah diberitahu untuk meninggalkan tempat itu. Ramai orang di galeri mula mengambil gambar, membawa kepada amaran daripada pihak polis di mahkamah untuk tidak berbuat demikian lagi.

10.08 pagi: Ibu Guan Eng, Neo dilihat teresak-esak, memegang sehelai kertas tisu di tangannya. "Saya baik. Terima kasih atas keprihatinan anda," katanya kepada pemberita yang duduk rapat dengannya.

10.09 pagi: Ahli perniagaan Tan Sri Tan Kok Ping cuba untuk memasuki bilik mahkamah tetapi tidak dibenarkan masuk. Dia mencuba lagi beberapa minit kemudian dan berlalu pergi selepas tidak boleh masuk.



10.10 pagi: Pintu ke bilik perbicaraan ditutup dan polis tidak membenarkan orang lain untuk masuk kerana ia sudah penuh.

10.16 pagi: Apandi tiba dengan sebuah Audi Q7 putih di bawah kawalan ketat dan terus menuju ke mahkamah.

10.43 pagi: Pendakwa Raya meminta agar kes Guan Eng dan Phang dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Hakim Mahkamah Sesyen Roslan Hamid bersetuju dengan permintaan itu.

10.46 pagi: Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah Teh Yee Cheu berada di mahkamah tetapi berkata beliau sedang menunggu perkembangan sebelum membuat sebarang komen.

11.15 pagi: Lim Guan Eng dikenakan dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan , manakala Phang Li Koon didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165.

11.20 pagi: Guan Eng dan isterinya Betty (baju putih) berjalan kaki dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

11.30 pagi: Pintu yang berkunci di ruang sidang Mahkamah Tinggi yang penuh sesak dibuka bagi membolehkan Kit Siang, Neo, Hui Ying dan Gurmit masuk.

11.45 pagi: Perbicaraan disambung semula di Mahkamah Tinggi.

11:56: Guan Eng mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan untuk kedua-dua pertuduhan, dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azmi Ariffin. Azmi menetapkan tertuduh diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin. Tidak meminta Guan Eng menyerahkan pasport dengan syarat dia memberikan dua hari notis kepada mahkamah dan pejabat Peguam Negara jika dia bercadang untuk ke luar negara.

12:10: Phang mengaku tidak bersalah, ditawar ikat jamin RM200,000.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan