Kronologi Dan Pendakwaan Terhadap Guan Eng Dan Phang

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2016 8:50 PM

Guan Eng (bertali leher) dan seorang ahli perniagaan wanita Phang Li Khoon dibawa ke Mahkamah Sesyen George Town, Khamis untuk didakwa atas tuduhan bersabit kes jaul-beli sebuah banglo.Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Berikut adalah kronologi dan fakta pendakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan bekas pemilik banglo, Phang Li Koon:

* Lim dan Phang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen George Town atas pertuduhan rasuah. Tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.

* Kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 60 Akta SuruhanjayaPencegahan Malaysia (SPRM) yang memberi kuasa kepada pendakwaan memindahkan keske Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

* Lim menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 danSeksyen 165 Kanun Keseksaan.

* Bagi pertuduhan pertama, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu KetuaMenteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di DaerahBarat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

* Lim, 56, didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28,Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

* Jika sabit kesalahan beliau boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan dendatidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

* Bagi pertuduhan kedua, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lottanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta. Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya(Lim).

* Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town disini pada 28 Julai 2015.

* Pertuduhan kedua itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun ataudengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pertuduhan terhadap bekas pemilik banglo itu Phang ialah mengikut Seksyen109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama yang membawahukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabitkesalahan.

* Phang, 44, dituduh bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan untuk diri Limlot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.

* Lim dan Phang mengaku tidak bersalah dan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk AzmiAriffin membenarkan Lim diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin bagikedua-dua pertuduhan itu dan pasportnya disimpannya sendiri tetapi dengansyarat tambahan iaitu beliau dikehendaki memaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara dan mahkamah dua hari sebelum ke luar negara. Phang pula dibenarkan diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin tanpa sebarang syarat tambahan. 

* Barisan pendakwaan diketuai Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.   Beliau dibantu oleh enam Timbalan Pendakwa Raya iaitu Masri Mohd Daud, MohdDusuki Mokhtar, Budiman Lutfi Mohamed, Mohd Ashrof Adrin Kamarul, Mohd ZainIbrahim dan Muhammad Fadzlan Mohd Noor.    

* Lim diwakili barisan peguam bela Gobind Singh Deo yang dibantu limapeguam, Ramkarpal Singh, RSN Rayer, M.Manoharan, P.Subramaniam, danM.Kulasegaran. * Phang diwakili peguam Datuk K.Kumaraendran, K. Dave Kumaraendran, RajShankar dan Cheetan Jethawani.

* Mahkamah menetapkan 22 Sept ini untuk pengurusan kes bagi membolehkankedua-dua pihak mendapatkan dokumen berkenaan.

* Lim dan Phang membayar wang jaminan masing-masing. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , Phang Li Koon

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan