PM Harap Gaji Minimum Beri Manfaat Kepada Pekerja - Berita Semasa | mStar

PM Harap Gaji Minimum Beri Manfaat Kepada Pekerja

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2016 8:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perintah Gaji Minimum 2016 yang akan berkuat kuasa Jumaat diharap memberi manfaat kepada golongan pekerja di negaraini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

"Semoga peningkatan pendapatan ini akan membawa manfaat kepada para pekerja dengan struktur penggajian yang lebih saksama selain menggalakkan peningkatan produktiviti dan pekerjaan berkemahiran tinggi," katanya dalam catatan di laman Facebook, Khamis.  

Bermula 1 Julai, gaji minimum negara untuk para pekerja semua sektor,kecuali perkhidmatan domestik atau pembantu rumah, akan dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung, dan daripada RM800 kepada RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

Turut dilaksanakan ialah kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimumsebanyak RM1,200 kepada penjawat awam seluruh negara. 

Kadar gaji minimum baharu itu diumumkan perdana menteri semasa pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada 23 Okt 2015.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem sebelum ini berkataPerintah Gaji Minimum 2016 akan dikuatkuasakan tanpa sebarang penangguhan.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Gaji minimum

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan