Wanita Melecur Disambar Api Di Stesen Minyak Masih 'Tidak Stabil'

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2016 12:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan mangsa yang melecur teruk akibat disambar percikan api ketika sedang mengisi minyak keretanya masih 'tidak stabil'.

Pemeriksaan The Star dengan Hospital Kuala Lumpur, di mana mangsa T. Sarishna, 23, kini sedang dirawat, mendedahkan bahawa dia masih belum keluar daripada keadaan bahaya.

Walau bagaimanapun, pegawai-pegawai hospital tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut.

Sarishna melecur lebih 60 peratus daripada bahagian badannya selepas telefon bimbit yang sedang digunanya disambar api di sebuah stesen minyak di Setapak Indah.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang mengisi minyak keretanya kira-kira pukul 1.25 tengahari Selasa sambil menggunakan telefon bimbit.

Sarishna masih sedar ketika dia dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
Tags / Kata Kunci: wanita melecur , T. Sarishna

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan