Umno Semporna Keluar Parti Tidak Jejas Pemuda - KJ

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2016 9:44 PM

Khairy merangkap Menteri Belia dan Sukan menyampaikan sumbangan kepada adik Nurnasuha Abdul Hakim,4, pada majlis Iftar bersama Pemuda Umno. -Foto GLENN GUAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan pemimpin Umno bahagian Semporna bersama 300 ketua cawangan keluar parti pada Isnin lalu, tidak akan menjejaskan Pemuda Umno, kata ketua sayap parti itu, Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata, beliau percaya sebahagian besar anggota Pemuda Umno akan terus setia bersama parti.

"Saya telah pun hantar wakil ibu pejabat Pemuda untuk melihat keadaan di Semporna, saya percaya dan yakin ini mungkin reaksi awal.

"Tetapi saya percaya akhirnya sebahagian besar ahli-ahli Pemuda akan tetap bersama parti," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Pemuda Umno di Matrade di sini, Rabu.

Pada Isnin, Naib Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Dr Jaujan Sambakong; Ketua Pemuda, Mohd Aziz Jamman, Ketua Wanita, Manis Muka Dara dan Ketua Puteri Zakiah Kalipunya serta 300 ketua cawangan bahagian itu mengumumkan keluar parti.

Keputusan itu dibuat susulan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat lalu menggantung keanggotaan Naib Presiden Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Ditanya sama ada Pemuda Umno bimbang pengaruh itu akan merebak ke Pagoh, Khairy berkata, beliau percaya majoriti ahli akan terus kekal bersama Umno.

"Saya rasa ahli-ahli Pemuda sama ada di Semporna atau Pagoh, mungkin akan ada keluar parti tetapi saya percaya majoriti akan kekal bersama Umno kerana mereka tahu  parti lebih penting daripada individu," katanya.

Keahlian Shafie digantung sehingga siasatan jawatankuasa disiplin parti selesai.

Keputusan MT turut melibatkan pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir kerana melakukan pelanggaran disiplin.

Jawatan Muhyiddin sebagai Ketua Umno Bahagian Pagoh dipangku oleh timbalannya, Ismail Mohamed, berkuat kuasa serta-merta.

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , Umno

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan