Tiada Laporan Kecederaan Rakyat Malaysia Dalam Serangan Di Turki - PM

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2016 11:16 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiada sebarang laporan kecederaan melibatkan rakyat Malaysia dalam serangan keganasan maut di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Setakat ini, tidak ada sebarang laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa melibatkan rakyat Malaysia tetapi Kementerian Luar akan terus memantau keadaan dengan teliti," katanya dalam posting di Facebook, Rabu.


Najib melahirkan rasa terkejut dan mengutuk pengeboman itu yang berlaku awal pagi ini, mengakibatkan sekurang-kurangnya 36 orang mati dan berpuluh-puluh yang lain cedera.

Beliau berkata, serangan terbaru itu menjadi satu lagi peringatan untuk kerjasama perisikan global dalam usaha memerangi keganasan.

"Malaysia sangat prihatin dan bersedia untuk bersatu dengan semua negara dalam memerangi musuh nombor satu keganasan.

"Saya menggesa negara-negara Islam untuk bersatu dan meningkatkan kerjasama, terutama dalam mengutuk dan memerangi tindakan keganasan oleh mereka yang menggunakan nama Islam," katanya.

Mereka yang memerlukan maklumat lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di Ankara di talian + (90) 312-4.463.547 atau + (90) 312-4.463.548.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan