Kenyataan Mufti Pahang: Polis Buka Kertas Siasatan Di Bawah Akta Hasutan

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2016 9:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkaitan istilah 'kafir harbi'.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menerima  laporan polis masing-masing satu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berhubung kenyataan Mufti Pahang itu.

"Biar polis jalankan siasatan dahulu dan henti beri ulasan berkenaan kenyataan Mufti Pahang.

"Apabila siasatan selesai, kita akan rujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Topi Keledar kepada anggota trafik di sini, Rabu.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Datuk Mahamad Akhir Darus dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Datuk Seri Shazalli Ramly.

Dalam perkembangan lain, Khalid mengesahkan polis mengambil keterangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berhubung kenyataannya yang didakwa menyamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin diktator Uganda Idi Amin.

"Ini merupakan kes kelapan yang kita siasat terhadap Dr Mahathir.

"Ini adalah tanggungjawab kami untuk jalankan siasatan," katanya.

Proses yang dijalankan polis Bukit Aman itu berlangsung di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Presint 8, Putrajaya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan