Kafir Harbi: Kenyataan Mufti Pahang Hanya Pandangan, Bukan Fatwa

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2016 6:37 PM

Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jemaah menteri berpandangan bahawa kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkaitan istilah 'kafir harbi' adalah sekadar satu pandangan.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Rabu, kenyataan sebenar Mufti Pahang itu bermaksud golongan kafir harbi wajib ditentang dan bukannya diperangi.

"Kenyataan ini juga bukan merupakan satu fatwa. Ini kerana sesuatu fatwa rasmi mestilah melalui jawatan kuasa fatwa yang ditentukan.

"Isu ini telah menimbulkan kontroversi kerana ada pihak yang cuba menyeleweng kenyataan berkenaan dengan menggunakan istilah 'diperangi'", kata Pejabat Perdana Menteri.

Abdul Rahman dilaporkan berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Pejabat Perdana Menteri seterusnya berkata dalam konteks agama Islam, istilah kafir harbi merujuk kepada golongan bukan Islam berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Islam dan kesediaan memerangi pihak yang memerintah.

"Dalam konteks ini, rakyat Malaysia yang bukan Islam tidak boleh dikategorikan sebagai kafir harbi selagi mereka mempunyai kerakyatan yang sah dan dilindungi undang-undang negara dan tidak memerangi pemerintah.

"Justeru, kerajaan menegaskan bahawa pandangan mengenai istilah kafir harbi oleh mana-mana pihak perlu diteliti dengan sewajarnya agar tidak menimbulkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat terutama masyarakat bukan Islam," kata Pejabat Perdana Menteri.

Ia menarik perhatian bahawa telah dibuktikan bahawa sejak merdeka, masyarakat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan fahaman politik telah dapat hidup dalam keadaan aman damai berdasarkan lunas-lunas demokrasi dan hak sebagai rakyat Malaysia yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

"Dari segi sejarah, masyarakat bukan Islam juga dapat hidup dengan harmoni di zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W," kata kenyataan itu.

Pejabat Perdana Menteri berkata kerajaan berharap kenyataannya itu akan dapat menyelesaikan kegelisahan dalam kalangan masyarakat terutama bukan Islam lebih-lebih lagi dalam menjaga keharmonian dan keselamatan negara bertepatan dengan prinsip-prinsip maqasid syariah.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan