JPJ Terima 11,683 Tempahan Nombor Plat Siri F - Berita Semasa | mStar

JPJ Terima 11,683 Tempahan Nombor Plat Siri F

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2016 5:33 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima tempahan sebanyak 11,683 bagi nombor pendaftaran siri F, demikian menurut kenyataan jabatan itu.

"Orang ramai yang telah mengemukakan tempahan nombor pendaftaran siri F boleh mula menyemak keputusan tempahan pada 1 Julai 2016," katanya.

Nombor pendaftaran siri F dibuka untuk tempahan pada 1 Jun lepas dan ditutup pada 12.00 tengah hari, 14 Jun.

JPJ berkata notis keputusan akan dipamerkan di Pejabat JPJ Cawangan Putrajaya dan Bahagian Pelesenan Kenderaan, Aras 3, Ibu Pejabat JPJ Malaysia, Putrajaya serta semua Ibu Pejabat JPJ Negeri.

"Pemenang bagi tempahan nombor pendaftaran siri F boleh membuat bayaran baki di mana-mana pejabat JPJ Negeri atau cawangan yang melaksanakan urusan pendaftaran kenderaan," katanya.

Menurut JPJ, jumlah tempahan siri F itu merupakan jumlah kedua tertinggi tempahan nombor pendaftaran selepas siri WWW yang dikeluarkan oleh JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2012.

JPJ berkata orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran semasa siri F yang tidak ditempah, juga boleh berbuat demikian di mana-mana Pejabat JPJ Negeri mulai 3 Julai bagi negeri-negeri yang bekerja pada hari Ahad dan 4 Julai bagi negeri-negeri lain.

Tags / Kata Kunci: JPJ , Nombor Plat
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan