Guan Eng Akan Didakwa? - Berita Semasa | mStar

Guan Eng Akan Didakwa?

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2016 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Khabar angin yang mengatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta hadir ke mahkamah berhubung pembelian banglo bernilai RM2.8 juta mula bertiup kencang.

Sehingga kini wartawan dilihat berkumpul di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town.

Bagaimanapun peguam yang mewakili Lim, R.S.N. Rayer berkata melalui mesej WhatsApp bahawa khabar angin berkenaan adalah tidak benar.

Adalah dipercayai bahawa Lim kini sedang mempengerusikan mesyuarat exco Pulau Pinang.

Menerusi kenyataan pada 25 Mei, SPRM berkata pihaknya telah menyelesaikan siasatan berhubung pembelian banglo Lim dan menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

SPRM juga berkata tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil jika Peguam Negara berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh badan anti rasuah itu.

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , SPRM , Banglo
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan