Empat Beradik Tidak Mampu Sediakan Persiapan Raya Dapat Perhatian

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2016 11:35 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: "Setiap hari kami berbuka di surau," kata Nazir Khan Mohamed Yusoff, 55, yang terpaksa menjaga dua adik yang mengalami masalah mental sejak 10 tahun lepas.

Keadaan hidup keluarganya yang daif itu menyebabkan mereka tidak pernah membuat persiapan untuk menyambut lebaran apatah lagi membeli baju baharu.

Hidup dengan pendapatannya sebagai tukang mesin rumput ditambah dengan gaji adiknya Mohd Salim, 46, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, RM1,000 sebulan serta bantuan kebajikan RM350 sebulan, yang diperoleh hanya cukup untuk kehidupan harian dan bayaran bil utiliti dan penyenggaraan flat Pantai Bersih yang menjadi kediaman mereka empat beradik.

Nazir Khan menjaga dua adiknya yang mengalami masalah mental iaitu Serja Khan, 50, dan Nazirah, 51.

Hari ini, kesusahan empat beradik itu mendapat perhatian dan bantuan daripada Nasmir Holding Sendirian Berhad yang menyumbang baju raya, hamper kuih raya dan beras untuk kegunaan mereka sempena Aidilfitri ini.

"Alhamdulillah, tahun ini kami dapat pakaian baharu untuk sambut raya. Saya betul-betul gembira kerana masalah kami mendapat perhatian pihak Nasmir...ini raya paling bermakna buat kami empat beradik," katanya ketika ditemui di flat kediaman mereka di Pantai Bersih, di sini.

Adik perempuannya Nazirah dilihat begitu teruja selepas diberi baju kurung baharu untuk dipakai pada raya dan beberapa kali melihat dia meletakkan  pakaian itu di badannya.

Pengarah Urusan Nasmir Holding Datuk Khadar Shah Abdul Razak berkata beliau mendapat maklumat daripada rakannya berhubung kehidupan daif empat beradik itu sebelum tampil menyalurkan bantuan kepada mereka sempena Aidilfitri ini.

Beliau berkata pihaknya turut menyerahkan sumbangan wang tunai untuk mereka membuat persiapan raya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Nazir Khan di talian  011-5769651 atau menyumbang menerusi akaun bank BSN 07108-41-00006490-5.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan