Buku Titas UTM Ditarik Daripada Edaran

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2016 10:37 AM

Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menarik balik buku kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas) selepas sebuah jawatankuasa bebas mendapati bahawa bahan-bahan rujukan yang digunakan 'tidak mempunyai kredibiliti'.
 
Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar berkata, buku teks Titas yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi kini akan digunakan sebagai rujukan utama kelas-kelas.

Buku yang diterbitkan oleh UTM itu akan ditarik balik daripada edaran.

Slaid pembentangan subjek Titas yang memberi fakta salah mengenai agama Hindu dan Sikh telah membangkitkan kemarahan masyarakat selepas diviralkan di laman sosial baru-baru ini.

Menurut beliau, Jawatankuasa Bebas Pakar Tamadun India yang dilantik UTM bagi menilai kandungan slaid yang mendatangkan kontroversi itu secara sepakat mendapati terdapat terlalu banyak kesilapan fakta dalam kedua-dua slaid.

"Selain itu, terdapat banyak unsur judgemental dalam kedua-dua slaid dan ini tidak selari dengan semangat kursus TITAS yang diperkenalkan di institusi pengajian tinggi iaitu untuk memupuk persefahaman dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum dan agama," katanya kepada Bernama.

Katanya, selepas menerima laporan daripada jawatankuasa berkenaan, UTM kini sedang dalam proses mengambil tindakan terhadap pensyarah terbabit mengikut prosedur dan peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan UTM.

"Selain itu, semua pensyarah Titas di UTM perlu dihantar menghadiri kursus Training of Trainers dengan pakar dari Tamadun India dan Tamadun China untuk memahami pengajaran mengenai tamadun berkenaan," kata Wahid.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan