Rakyat Malaysia Sertai 'Ninja Warrior' Tarik Perhatian Netizen

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2016 10:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Video Mohd Redha Rozlan yang menyertai program hiburan sukan televisyen Jepun, Sasuke Vit Nam atau lebih dikenali sebagai 'Ninja Warrior', mengagumkan banyak warga Internet dari Malaysia.

Pegawai Teknologi Maklumat (IT) itu melepasi peringkat pertama permainan tersebut bagi kategori bawah 46 saat dan beliau mungkin merupakan rakyat Malaysia pertama yang menyertai program itu.

Lelaki kelahiran Pahang ini, yang dikenali sebagai 'Mat Redho' dalam akaun Facebooknya, menyiarkan temu bual dan persembahannya dalam program itu pada Isnin, yang disiarkan saluran Vietnam VTV3 melalui https://www.youtube.com/watch?v=1DyvnvwR_-g.

Mohd Redha, yang berpasangan dengan pelakon Erin Malek dalam program Fear Factor Malaysia pada 2014, mencatat 20,105 penonton melalui video sepanjang 2.47 minit itu.

Menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris Viet Nam News (VNS), Sasuke, program hiburan sukan itu berasal dari Jepun dan memulakan musim keduanya di Vit Nam pada 19 Mei.

Menurut akhbar itu, pada tahun ini, sebanyak 1,500 orang mendaftar diri untuk menyertai pusingan pertama permainan berkenaan, termasuk 35 rakyat asing.

Peserta dikenakan temuduga atau uji bakat dan pusingan percubaan diadakan bagi menguji kemampuan mereka dari segi fizikal sebelum menyenaraipendekkan hanya 100 peserta.

Katanya, Sasuke menyediakan empat peringkat yang berbeza dari segi tahap kesukaran, manakala peserta perlu melepasi sesuatu peringkat sebelum layak ke peringkat seterusnya dan setakat ini Sasuke disiarkan di hampir 200 negara.

Peserta perlu melepasi rintangan seperti Jambatan Pusing, Memanjat Tali, Lompat Berhalang, Salmon Ladder serta Spider Flip dan Dodging Hammer untuk sampai ke puncak menara dikenali sebagai Midori-yama dalam tempoh ditetapkan, lapor akhbar itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan