Lencongan Di Jalan Tun Razak Bermula Rabu

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2016 5:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebahagian Jalan Tun Razak (arah ke utara) akan dilencongkan untuk memberi laluan kepada kerja pembinaan sistem perparitan utama serta kerja-kerja susulan di tapak pembangunan Tun Razak Exchange (TRX).

TRX dalam kenyataan pada Selasa berkata lencongan tersebut ialah dari  esok hingga 30 November.

Pengguna jalan raya dinasihat mematuhi semua papan tanda sebagai langkah keselamatan dan bagi mengelak kekeliruan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan