Aidilfitri: KTMB Masih Jual 186,000 Tiket Intercity, ETS

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2016 6:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 186,000 tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Intercity dan perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) masih dijual bagi perjalanan pada 1 Julai hingga 11 Julai ini.

Pengurus Kanan Pemasaran KTMB Antara Bandar Mohd Noordin Kimi berkata  setakat ini, sebanyak 164,000 tiket pergi-balik telah dijual untuk perjalanan ke utara, selatan dan pantai timur bagi tempoh berkenaan.

"Adanya permintaan tiket begitu tinggi terutamanya mulai Jumaat ini hingga 11 Julai bagi perkhidmatan ETS menyebabkan kami memutuskan untuk menambah kekerapan perkhidmatan daripada 32 kali perkhidmatan sehari kepada 36 kali," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Sejak laluan kereta api Ekspres Timuran ke Tumpat dipulihkan pada Mei lepas setelah Jambatan Kemubu, Kuala Krai selesai dibaiki, beliau berkata permintaan tinggi turut diterima untuk perjalanan pergi-balik ke Tumpat sempena Aidilfitri ini.

"Kami juga menambah koc 100 tempat duduk bagi setiap perkhidmatan ini dan tiket perjalanan pergi-balik ke Tumpat juga masih dijual," katanya.

Selain itu, tiket dari sektor utara seperti Padang Besar, Butterworth serta Ipoh menuju ke Kuala Lumpur dan Gemas juga masih dijual bagi tempoh 1 Julai hingga 5 Julai dan 7 Julai hingga 11 Julai.

Mohd Noordin berkata bagi pengguna ETS untuk perjalanan ke utara, mereka tidak perlu risau kerana pihaknya turut menambah kekerapan perjalanan ETS menjelang dan selepas Aidilfitri.

Laluan ke sektor utara itu antaranya melibatkan destinasi seperti Ipoh, Butterworth serta Padang Besar.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket mereka menerusi kaunter tiket KTMB di KL Sentral atau menghubungi talian 03-2267 1200 atau mengunjungi laman web KTMB http://www.ktmb.com.my/.

Tags / Kata Kunci: KTMB , Aidilfitri , ETS

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan