Isu Jet Pejuang Indonesia Pintas Pesawat TUDM Diselesai Secara Diplomasi

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2016 3:05 PM

Hishammuddin Hussein.

(Ubah saiz teks)

GERIK: Insiden pesawat Charlie C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipintas dua jet pejuang Indonesia dalam ruang udara berhampiran Pulau Natuna, Indonesia pada Sabtu lepas, akan diselesaikan segera menerusi saluran diplomasi.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya telah mengadakan dua perbincangan mengenai insiden itu dengan Menteri Pertahanan Indonesia Jeneral Ryamizard Ryacudu.

"Dalam perbincangan itu, beliau (Ryamizard) menyatakan bahawa tiada isu yang tidak mampu diselesaikan di antara kedua-dua negara termasuk tentang isu ketenteraan. Ia adalah berkat hubungan baik di antara Ryamizad dan saya.

"Ryamizard turut menyatakan komitmen untuk meneliti isu ini secara serius dan sedia mengambil tindakan. Selain itu, kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan isu ini dengan segera tanpa menjejaskan hubungan baik yang terjalin di antara Malaysia dan Indonesia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke kawasan operasi perbatasan di Kem Marker November, Tasik Banding dan Markas Taktikal 749 di Kem Sri Banding, Isnin.

Sabtu lepas, pesawat Charlie C130 TUDM dari Pangkalan TUDM Subang ke Labuan dipintas dua jet pejuang Indonesia ketika berada di laluan berhampiran Pulau Natuna, Indonesia. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: pesawat TUDM , jet Indonesia

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan