Kajian HSBC: 57% Ibu Bapa Malaysia Akan Berhutang Untuk Biayai Pendidikan Anak

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2016 7:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih daripada 50 peratus ibu bapa di Malaysia sanggup menanggung hutang untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka, selain 80 peratus daripada mereka membiayai pendidikan anak-anak mereka daripada pendapatan harian, demikian menurut satu kajian oleh HSBC.

Ketua Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaan Negara HSBC Bank Malaysia Bhd, Lim Eng Seong berkata, 92 peratus ibu bapa tempatan membiayai pendidikan anak-anak mereka dan bersedia berkorban dan menanggung risiko jaminan kewangan berbanding 60 peratus di peringkat global.

"Ramai ibu bapa berpendapat, membiayai pendidikan anak-anak lebih penting daripada komitmen kewangan lain seperti pembayaran balik kad kredit, insurans dan simpanan persaraan," katanya selepas mengeluarkan 'Asas-Asas Untuk Masa Depan', laporan terbaru dalam beberapa siri 'Nilai Pendidikan' terbitan HSBC.

Ditanya mengenai peruntukan untuk pendidikan, Lim berkata, peratusan peruntukan yang perlu disediakan adalah antara 10 dan 15 peratus daripada gaji.

"Sebagai contoh, jika berpendapatan RM5,000 sebulan, ibu bapa perlu mengetepikan 10 atau 15 peratus hanya untuk pendidikan, selain perbelanjaan lain seperti petrol dan cukai pendapatan," tambahnya.

Kajian itu mendapati ibu bapa Malaysia membelanjakan kira-kira 14 peratus lebih tinggi atau US$8,720 setiap tahun untuk pendidikan universiti berbanding purata global US$7,631.

Lim juga berkata, adalah penting ibu bapa memulakan perancangan kewangan lebih awal dan berunding dengan bank berikutan keadaan global tidak menentu.

"Contohnya, pound sterling telah menyusut kepada paras 5.4 bagi setiap ringgit berbanding 6.5 dua minggu lepas, oleh itu ibu bapa perlu mula menemui perancang kewangan kerana mereka bukan hanya membayar yuran pengajian, tetapi juga makanan, buku, perjalanan tempatan, pengangkutan serta pelbagai peranti teknologi," katanya.

Kajian itu dijalankan di 15 negara, termasuk Malaysia dengan pembabitan 6,200 ibu bapa.

Tags / Kata Kunci: HSBC

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan