Ekonomi Malaysia Cukup Kukuh Harungi Kesan Brexit - Mustapa

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2016 2:21 PM

Mustapha (tiga, kiri) menurunkan tandatangan pada pelancaran buku Laporan MITI 2015 di Menara MITI pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Adalah tidak tepat untuk mengatakan bahawa keputusan Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) tidak akan memberi kesan kepada negara tetapi ekonomi Malaysia cukup kukuh untuk menghadapinya, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Untuk katakan kita tidak akan terjejas merupakan satu penafian dan kita perlu realistik.

"Namun kita mempunyai ekonomi yang pelbagai dan kukuh yang akan membantu kita mengharungi cabaran mendatang.

"Buat masa ini, ia adalah perniagaan seperti biasa untuk Malaysia," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada sidang media selepas pelancaran Laporan Miti 2015 di sini, Selasa.

Mustapa bagaimanapun berkata sebarang kesan amat kecil kerana pelaburan perdagangan dengan Britain tidak begitu menonjol.

Beliau mengakui kesan penuh mengenainya akan diketahui dalam masa terdekat.

"Setakat ini kita belum melihat kesan Brexit di seluruh dunia.

"Ini adalah disebabkan jarak dan Britain bukan lima teratas atau 10 negara terbaik dari segi pelaburan perdagangan dengan Malaysia," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata tindakan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (Brexit) akan menunjukkan kesan ke atas perdagangan Malaysia dengan negara seperti Belanda, Perancis dan Jerman.

Mustapa berkata kementerian akan terus memantau perkembangan tersebut setiap masa.

Mengenai kesan Brexit terhadap nilai ringgit yang semakin lemah, Mustapa berkata ia bukan satu faktor.

"Ia bukan hanya Brexit kerana terdapat faktor-faktor lain," katanya sambil menambah faktor turun naik harga minyak turut memainkan peranan.


Tags / Kata Kunci: Brexit , Mustafa Mohamed

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan